Monday, June 29, 2009

"Umah Yg Last Skali Belah Kiri"

kalau korg nk g tgk cite transformers pastu tiket sold out pastu usha2 cite lain yg leh di layan, nasihat aku, jgn sesekali korg g kaunter tiket dan berkata "dik, last house on the left, 3 org." Lebih baik korg g cek in mana2 hotel dpd korg tido dlm tuh. Huh.. Kecewa.. malas nk taip banyak2.

Saturday, June 27, 2009

Michael Jackson a.k.a Mikael Abdullah


Dunia di kejutkan ngan berita pemergian Raja Pop Dunia (aku lak di kejutkan ngan msg pagi2 buta dpd sorg hamba Allah yg memaklumkn berita sensasi nih seolah2 kt umah aku takde Tv, Radio dan kedai belakang umah aku nih takde jual surat kabo) Huhu. Aku x pasti lah kesahihan samada si Maikel ni dah masuk Islam ke btul.. Aku wat gak research skit2 tap tu r info2 kt internet nih bukan leh pakai larung sebarang jek kan.. Dengan kecanggihan teknologi skang mcm2 dorg leh buat, so aku try call Janet Jeksen tapi x dpt. Dah tukar n fon kot... Tapi kalau btul Maikel ni dah masuk Islam sama2 lah kita sedekahkan Fatihah... Erm... Ingat perginya seorang Raja Pop x semestinya kita akan katandusan lagu2 pop yg hebat. Kita masih lagik ade Dato' M Daud Kilau, A rahman Hassan, Sharifah Aini.. (apa kene mngena????) hehe. Tu je kot utk kali nih... (yana n shafa xyah ah nk ckp sengal)

Tuesday, June 23, 2009

Saturday, June 13, 2009

Finally


Huhuhu! Entri kali nih sekadar nk ucapkan sekalung, selonggok, segumpal dan seguni tahniah kepada sume Student BCA 06/07 UiTM Shah Alam yg telah menamatkn pengajian! Pada mereka yg akan berhadapan dgn assigment, test quiz dan presentation sekali lagik, Chaiyok!! Chaiyok!! Teruskn usaha anda! Doa KAMI sentiasa mengiringi anda!

Pertama sekali syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana ngan izinNya KAMI semua dpt menamatkn pengajian.

Kedua, kepada para ibu bapa yg tak putus2 mendoakan kejayaan KAMI. Andalah pendorong utama kami!!

Ketiga, kepada seluruh anggota keluarga yg tak jemu memberikan sokongan utk KAMI terus maju.

Keempat, kepada sume tenaga pengajar especially dri Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi yg telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada KAMI tanpa kenal erti jemu dan putus asa. Jasa dan pengorbanan kalian tidak mampu KAMI balas dengan apa cara sekalipun.

Las but not least, terima kasih kepada sume kawan2 KAMI dan sahabat2 KAMI yg sentiasa berada di sisi memberi dorongan dan galakan!

Terima kasih semua!!!!

Tuesday, June 2, 2009

Fairuz Kini...

Huhuhu.. cam gempak jek bunyi nye tajuk post kali nih.. Fairuz Kini... hahaha. Takde apa2 yg gempak pun sebenarnye.. juz nk berkongsi cerita perkembangan terkini. Sebab aku pasti ramai di luar sana yg sedang merindukan kisah2 terkini aku. Hahaha! (mesti basyir gelak smbil kata wahhh!!!, yana lak mesti senyum pastu dlm ati "sengal", shafa sengih2 manja smbil berkata "poyo jek", liza n reza juz tersenyum simpul seribu erti.. tq Af coz remain blur)
Ok r, skang ni aku tgh mengusahakn pusat tusyen aku yg beroperasi pada 1 hb Jun. Dengan jumlah student UPSR, PMR dan SPM yg baru mencecah 13 org, x ramai seperti yg diharapkan sebab silap aku gak bukak kelas tuisyen ni dah pertengahan tahun. Time cuti skolah lak tuh. Takpe... aku juz nk jadikan platform n gunakan kesempatan nih utk aku carik kelemahan yg ade sebelum pusat tuisyen nih beroperasi sepenuhnye insyallah thun depan. So, doa2 dpd rakan2 skalian amatlah di hargai. Amin... ops.. lupe nk bgtau.. nama pusat tuisyen aku nih adalah...... jeng3... jgn tak caya..
"Pusat Tuisyen & Motivasi Al-Amin". Nama yg diberi oleh seorang rakan guru aku.. Aku terima dengan hati terbuka. :) Paling penting aku nk bgtau... aku ngajor bebudak UPSR subjek B.I.. :)
tak payah lah kot aku nk cite dengan lebih lanjut pasal pusat tuisyen nih. Cukup lah kalau korg sekadar tau axtiviti aku kt JB nih... sekian dulu.. terima kasih...