Monday, July 20, 2009

Skrip 7707 Sucks


BERKUATKUASA HARI NI! AKU DENGAN RASMINYA MEMBOIKOT SUME FILEM YANG DI HASILKAN OLEH PENGARAH FILEM NIH. BELIAU TELAH DENGAN JAYANYA MEMBAZIRKAN DUIT AKU SEBANYAK RM 8 (RM 16 SEBENARNYA SEBAB BAYOR TUK KAWAN AKU SKALI) BELI TEKET WAYANG. AKU BERJANJI, WALAUPUN DI MASA AKAN DATANG BELIAU TAMPIL DENGAN CITE "BLUE" SKALIPUN AKU TIDAK AKAN SEKALI2 MEMBIARKAN PERASAAN TERUJA ITUH SINGGAH DALAM SANUBARI AKU UNTUK PEGI MENONTON. ADALAH LEBIH BAIK AKU LAYAN ANAK BUAH AKU TENGOK "HIKAYAT PUTERA SHAZLAN" DI SALURAN ASTRO CERIA. AKU JUGAK LEBIH SANGGUP "BERCINTA" BERSAMA ASTRO VANNAVIL SAMBIL MENGAIT BAJU SEJOK DI RUMAH. HUH. ADAKAH AKU EMOSI? YA! AKU RASE SEPERTI KEHORMATAN AKU DI CABULI DENGAN MEMBIARKAN MATA DAN EMOSI AKU DI GANGGU DENGAN FILEM SEBEGINI. "KELIWON" YG KURANG MENYENGAT ITU PUN MAMPU MEMBUATKAN AKU SENTIASA AWAS APABILA BERADA DI BILIK AIR TATKALA MALAM. HUH. DAH LAH.. SEMAKIN SAKIT NAMPAKNYA HATI INI BILA DIKENANG2 BALIK PENGALAMAN MENONTON FILEM INI. MIDNITE PULAK TUH!

P/S : KALAU AKU TIDAK LANGSUNG BERASA SERAM MALAH MAMPU KETAWA BILA HANTU KELUAR APAKAH MAKNANYA???? YES... DA MUVIE IS SUCKS!

Monday, June 29, 2009

"Umah Yg Last Skali Belah Kiri"

kalau korg nk g tgk cite transformers pastu tiket sold out pastu usha2 cite lain yg leh di layan, nasihat aku, jgn sesekali korg g kaunter tiket dan berkata "dik, last house on the left, 3 org." Lebih baik korg g cek in mana2 hotel dpd korg tido dlm tuh. Huh.. Kecewa.. malas nk taip banyak2.

Saturday, June 27, 2009

Michael Jackson a.k.a Mikael Abdullah


Dunia di kejutkan ngan berita pemergian Raja Pop Dunia (aku lak di kejutkan ngan msg pagi2 buta dpd sorg hamba Allah yg memaklumkn berita sensasi nih seolah2 kt umah aku takde Tv, Radio dan kedai belakang umah aku nih takde jual surat kabo) Huhu. Aku x pasti lah kesahihan samada si Maikel ni dah masuk Islam ke btul.. Aku wat gak research skit2 tap tu r info2 kt internet nih bukan leh pakai larung sebarang jek kan.. Dengan kecanggihan teknologi skang mcm2 dorg leh buat, so aku try call Janet Jeksen tapi x dpt. Dah tukar n fon kot... Tapi kalau btul Maikel ni dah masuk Islam sama2 lah kita sedekahkan Fatihah... Erm... Ingat perginya seorang Raja Pop x semestinya kita akan katandusan lagu2 pop yg hebat. Kita masih lagik ade Dato' M Daud Kilau, A rahman Hassan, Sharifah Aini.. (apa kene mngena????) hehe. Tu je kot utk kali nih... (yana n shafa xyah ah nk ckp sengal)

Tuesday, June 23, 2009

Saturday, June 13, 2009

Finally


Huhuhu! Entri kali nih sekadar nk ucapkan sekalung, selonggok, segumpal dan seguni tahniah kepada sume Student BCA 06/07 UiTM Shah Alam yg telah menamatkn pengajian! Pada mereka yg akan berhadapan dgn assigment, test quiz dan presentation sekali lagik, Chaiyok!! Chaiyok!! Teruskn usaha anda! Doa KAMI sentiasa mengiringi anda!

Pertama sekali syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana ngan izinNya KAMI semua dpt menamatkn pengajian.

Kedua, kepada para ibu bapa yg tak putus2 mendoakan kejayaan KAMI. Andalah pendorong utama kami!!

Ketiga, kepada seluruh anggota keluarga yg tak jemu memberikan sokongan utk KAMI terus maju.

Keempat, kepada sume tenaga pengajar especially dri Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi yg telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada KAMI tanpa kenal erti jemu dan putus asa. Jasa dan pengorbanan kalian tidak mampu KAMI balas dengan apa cara sekalipun.

Las but not least, terima kasih kepada sume kawan2 KAMI dan sahabat2 KAMI yg sentiasa berada di sisi memberi dorongan dan galakan!

Terima kasih semua!!!!

Tuesday, June 2, 2009

Fairuz Kini...

Huhuhu.. cam gempak jek bunyi nye tajuk post kali nih.. Fairuz Kini... hahaha. Takde apa2 yg gempak pun sebenarnye.. juz nk berkongsi cerita perkembangan terkini. Sebab aku pasti ramai di luar sana yg sedang merindukan kisah2 terkini aku. Hahaha! (mesti basyir gelak smbil kata wahhh!!!, yana lak mesti senyum pastu dlm ati "sengal", shafa sengih2 manja smbil berkata "poyo jek", liza n reza juz tersenyum simpul seribu erti.. tq Af coz remain blur)
Ok r, skang ni aku tgh mengusahakn pusat tusyen aku yg beroperasi pada 1 hb Jun. Dengan jumlah student UPSR, PMR dan SPM yg baru mencecah 13 org, x ramai seperti yg diharapkan sebab silap aku gak bukak kelas tuisyen ni dah pertengahan tahun. Time cuti skolah lak tuh. Takpe... aku juz nk jadikan platform n gunakan kesempatan nih utk aku carik kelemahan yg ade sebelum pusat tuisyen nih beroperasi sepenuhnye insyallah thun depan. So, doa2 dpd rakan2 skalian amatlah di hargai. Amin... ops.. lupe nk bgtau.. nama pusat tuisyen aku nih adalah...... jeng3... jgn tak caya..
"Pusat Tuisyen & Motivasi Al-Amin". Nama yg diberi oleh seorang rakan guru aku.. Aku terima dengan hati terbuka. :) Paling penting aku nk bgtau... aku ngajor bebudak UPSR subjek B.I.. :)
tak payah lah kot aku nk cite dengan lebih lanjut pasal pusat tuisyen nih. Cukup lah kalau korg sekadar tau axtiviti aku kt JB nih... sekian dulu.. terima kasih...

Friday, May 29, 2009

Pulau Mutiara






Selepas pegi ke rumah Liza, kitorang terus je bertolak ke pulau mutiara, Pulau Pinang.. xcited jugak dalam hati, ye la lama dah xberjalan jauh.. lebih kurang 3 jam baru la sampai kat jambatan.

Kitorang decided nak pg ke bukit bendera.. Pening jugak la nak cari jalan, aysik2 jumpa simpang 2 je memanjang.. puas la si basyir nak decide.. "left or right.." sampai 400 kali (ye la, kat shah alam asyik kira roundabout je pukul 12, pukul 3, pukul 9) Pusing punya pusing.. asyik jumpe jalan yg sama balik.. tanya lak pakcik teksi, susah lak nak paham direction yg dia bagi "... hang pi sana, pastu hang belok kanan, pastu hang belok, pastu hang belok lagi.. belok belok belok.." kesian baysir nak tangkap ape yang pakcik tu cakap;p akhirnya dengan menggunakan skill membaca sign board, kitorang sampai jua ke bukit bendera.. ramai betul orang masa tu, xdapat nak duduk dalam train.. ntah sape yang lepaskan silent bom masa tu pun aku xtau..

xcited betul basyir jadi photographer kat atas bukit tu.. macam2 skill la dia pakai nak tangkap gambar.. pastu dia suruh aku posing atas motor jaguh.. motor tu aku xtau lak orang yang bwat show ular yang punya.. aku duduk la, si basyir amikkan gambar.. kat blakang motor tempat aku sandar tu ada box.. aku rasa macam ada benda bergerak.. sekali aku tengok ada ular daa.. nasib ular tu xngap aku..
lepas dari bukit bendera, kitorang gerak ke padang kota untuk dinner.. pergh.. layan siot kena pasembur penang.. kira ok la malam tu, xmacam last time kitorang pegi.. harga murah.. lepas makan tu, sedap betul aku mengenakan si shafa sampai kering darah dia.. kesian isk3.. dia nak beli jeruk buah, kat tepi tu pulak ada budak jual ular tedung plastik.. tengah si shafa leka belek2 jeruk.. aku amik ular tu, siap ada tag harga lagi.. aku letak tepi bahu dia dari belakang.. pergh.. mula2 dia jeling perlahan2.. pastu dia tenung muka ular plastik tu.. dalam 3 saat.. patu dia ke belakang.. ke belakang... pastu tu Hahahahahaha baru dia menjerit.. aku dengan basyir xtahan tul gelakkan dia.. lambat tul dia menjerit..



lepas dari padang kota, kitorang pun bergerak balik.. tapi sepanjang jalan mulut aku ngan basyir asyik pot pet pot pet sampai la shah alam.. hal politik la, hantu la, ape2 lagi la.. af dengan shafa je lena kat blakang..

ape pun perjalanan sepanjang hari tu memang seronok walaupun letih.. dalam hati berkata.. "seronokya kalau smua yang pegi ke bukit merah dulu ada sama2..."

Monday, May 4, 2009

Aku Nak Grad!!!!

Wa!!! Stress nye tinggal 2 paper lagik! Hari yg sama lak tuh.. x pnah2 seumur idup aku ada 2 paper ari yg sama.. Dugaan final sem.. Trima je r. Erm.. korang doa2 lah ye semoga di terangkn n di tenangkn ati lecturer mase tanda paper aku n korg skali. Huhu.
Aku yakin, ramai dah wat persiapan utk crik keje kt luar sana. Tak kurang gak yg dah bersedia mental n fizikal utk smbung pengajian ke peringkat yg lebih tinggi lagik. Pe2 pun aku wish all da best! Huhu.
Ok. cukuplah setakat nih utk kali nih Saje je nk releasekn stress. Ada masa anti smbung lagik.
Akir kata. Gud Luck!

Wednesday, April 15, 2009

Dinner FSPPP 08


Dinner FSPPP telah berlangsung dengan jayanya pada 5 April 2009 bertempat di Klang Executive Club! Dengan bertemakan "Glamor n Glitters", aku dpt saksikan masing2 takmo kalah dengan baju yg bling2 especially yg pompuan. Huhuhu. Tak payah lah cite pasal makanan yg ade mlm tuh sebab aku rase sume tau bila makan kt tempat2 cmtuh or hotel, bab makan mmg tak pnah memuaskan hati.. Huhu. Tapi mlm tu telah melakar kenangan paling best buat aku sebab dpt mewakili Part 6 BCA utk wat performance... Aku duet ngan Zie lagu Ajai n Krisdayanti, "Perlu Kamu". Diiringi pemain gitar yg baru nk bertapak dlm arena seni tanah air.. hahaha. (Reza) menjadikan persembahan mlm tu lebih hangat dari biasa.. Eceh... Ok lah. Malas nk cite panjang... tgk gambar sudeh... Pastu jgn nk sengih sorg2 or ngumpat lak. Nk final exam... Chow.





 








Tuesday, March 24, 2009

Jalan2 kat Putrajaya~

Lepas je maghrib, kitorang bertolak menuju ke Putrajaya untuk tengok pertunjukkan belon antarabangsa.. Memang meriah satu hari suntuk berjalan, memang puaslah berjalan dengan kawan2.. 

Lepas habis je pertunjukkan, kitorang pun buat la sesi photoshoot.. Pergh! smua posing mengalahkan Bollywood. Ada yang meniarap, baring atas rumput, duduk atas jalan, kat pokok bunga.. Lama jugak sesi tu sampai tengah2 malam huhu~ ada banyak gambar actually, tapi kat blog ni aku letak sikit jew.. yang lebih2 smua aku letak kat Friendster dengan Facebook aku. Nanti kalau letak smua, full lak page ni hehe~





Jalan2 ke Kandang Kambing~


HAri tu tak rancang pun nak bawak diorang ni smua pegi kat kandang kambing aku kat Banting pasal aku nak balik sana untuk join meeting je dengan intended partner aku.. aku ajak la Feruz an kawan dia Kamarul.. tapi xsangka lak terbawak ramai:p hehe ye la, yang lain ni smua perempuan, mana  minat kambing2 ni hehe..  Jadi yang pergi smuanya 7 orang- Aku, Feruz, Kamarul, Yana, Zie, Eva & Haizie.. Kitorang gerak 2 kereta. 

Sampai2 je kat kandang, diorang pun ape lagi keluar la kamera dengan handphone masing2 sakan bergambar hahaha.. Happy betul diorang sampai dah macam pesta lak kat kandang tu huhu~. Last2 aku pun xjoin meeting, nasib ada ayah aku. Seronok sangat melayan diorang ni smua yang aktif bagaikan kanak2 milo. Yang aku rasa paling lucu budak 3 orang ni la.. Feruz, Yana dengan Zie.. dorang nak bergambar dalam kandang dengan kambing.. Aku pun tolong la amikkan gambar.. kamera dah set dah nih, TIBE2 ntah kenape si Feruz ni melompat keluar.. Tu dah la satu hal, yang dia pergi kunci si Yaza dengan Zie dalam kandang tu buat ape.. Dah melalak menjerit2 budak2 tu.. Si feruz gelak2 lepas tu, aku pun sama HAHAHA! sempat jugak aku snap gambar diorang:p

Macam2 Gaye la diorang amik gambar kat kandang aku tu.. Heran sampai juling mate kambing2 tu tengok diorang hehe.. Ape pun aku enjoy tengok diorang pasal geli2 pun xbiase dengan kambing, diorang ni hati kering jugak pegang2 kambing tu.. Zie la paling otai, siap peluk anak kambing hehe~ Anak kucing aku pon habis kena cium..

Petang tu aku bawak diorang makan kat restoran kat tepi pantai, "Restoran Kak Siti". kitorang la customer pertama hari tu pasal kedai tu baru bukak petang.. Kitorang duduk kat atas lantai ala2 restoran siam.. Kena angin pantai sepoi2 bahasa, teduh bawah pokok rhu.. Kena pulak air fresh oren gelas besar.. Nyaman~ Huhu.. 

HAri dah petang, kitorang ada lagi 1 destinasi yang harus dituju. tapi kitorang nak gerak after maghrib. HAri awal lagi, jadi kitorang patah balik pergi rumah aku, then pergi petik buah pelam. Semangat tul budak2 tigo orang ni. aku bagi la plastik sorang satu. Petik punya petik, tak prasan ada kerengga. Kesian Feruz kat atas kepala dia ada kerengga Hahahah~

Lepas petik pelam, memang xda aktiviti lain la.. Photoshoot je memanjang diorang nie hehe~ Aku pun jadi la tukang amik gambar.. Sesi bergambar ni dibuat kat lama rumah aku.. Macam2 gaya la..  Ade bakat la diorang ni.. Boleh masuk Tom Tom BAk:p

Sunday, March 15, 2009

~GURINDAM DI DATARAN SHAH ALAM:)

Lepas je habis oiam, aku & friends (F, Z & Y) pegi la makan kat BIG MUG.. masing2 pun lapar kebuloq belum sempat makan malam lagi.. (Dorang lapar lagi teruk daripada aku pasal banyak habiskan tenaga amik gmbar n jerit2 kat blakang studio=p HeHe.. usik je)

Lepas je makan ingat nak karok kat quality hotel, tapi da xsempat coz da lewat.. jadi ktrang pun pg kat umah aku jap pg amik gitar baru aku.. After that ktrang pun pg ke dataran yang ada kereta api tu.. dengan dengan padang.. Ramai jugak orang malam tu, bersusun keta tepi jalan..

Then dah turun kete, sempat lagi dorang ni nak posing dengan gitar aku HEhe isk3

Lepas tu kitorang pergi la amik port kat bawah pokok pasal kat sana je xramai orang & ada kerusi.. ape lagey.. masing2 dah senak kekenyangan, tapi semangat belasah je ape lagu pun.. hehe.. Kitorang pun nyanyi la lagu imran ajmain "seribu tahun", man bai, Melly -Cinta, Rossa-Pudar, aku Bukan Untukmu.. Search- Fantasia Bulan Madu.. Agnes Monica-matahari & ntah ape2 lagu lagi ntah.. tapi ada jugak lagu yang xhabis main pasal masing2 xtau lirik hahahahaha..